mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Bukit Sekechong

IMG 20160920 094152

Pusat Internet merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.

Pusat Internet Kg Bukit Sekechong merupakan Pusat Internet Fasa yang ke 5 yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pusat Internet ini mula beroperasi pada bulan 4 September 2014 setelah lepas proses UAT bersama pihak Telekom Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.  Pusat Internet Kg Bukit Sekechong telah dirasmikan oleh En. Mohd Noor Azam Bin Ismail selaku Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai pada 4/5/2015. Majlis Perasmian ini disertai oleh Penghulu Mukim, JKKK Kampung disekitar Mukim Tobiar dan lebih 300 orang komuniti setempat dan agensi kerajaan.

Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan jalur lebar kebangsaan. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.

14088743 1577222855915017 1651678934 n

Gambar 1 & 2:- Kaunter Pendaftaran atau Pertanyaan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Sekechong

IMG 20160920 094120

IMG 20160920 094133

Gambar 3 &4:- Kemudahan Komputer Pusat Internet 1Malaysia Bukit Sekechong

IMG 20160920 094220

Gambar 5: Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Sekechong